test

Jumaat, 16 Ogos 2013

Ghost At The Fun Fair (Hantu Di Taman Tema)

"Mari, mari , mari semua ..mari kita semua ramai-ramai bergembira di taman tema ini yang julung kalinya dibuka oleh Syarikat Hayyati Zamman..murah saja tiket masuknya..sila dapatkan di kaunter tiket sebelah utara bagi yang baru saja sampai...Mari,mari, mari..mari semua bergembira..." suara pengacara sebuah konsert kecil yang baru saja siap disetkan untuk pementasan utama pada malam nanti telah memecahkan suasana meriah di kalangan pengunjung yang hadir. Syarikat multi-nasional yang diterajui oleh Zamani dan Hayyati itu deterajui sejak dari zaman berzaman lagi dan diturunkan kepada waris-waris mereka yang bernama sama seperti nama syarikat itu.Kekayaannya saja boleh membuatkan seseorang itu hilang akalnya jika saja dimiliki oleh individu tertentu secara berseorangan. Bahkan kerana sambutan yang luar biasa dari bandar-bandar besar terhadap taman tema bergerak itu telah mencetuskan ilham kepada pemaju-pemaju dan pelabur-pelabur untuk membuka pula cawangan-cawangan kecil bagi tempat pedalaman yang terpencil berdasarkan ratio penduduk disekitar itu.Kerja-kerja pembersihan dilakukan ditempat yang telah disediakan oleh kerajaan pusat setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan atas dasar membudayakan masyarakat majmuk di negara Malaysia ini.

Jentera-jentera berat sampai dan meneruskan kerja mereka sejak 2 hari yang lalu , namun pada hari ketiga suasana awan yang mendung seolah-olah memberi isyarat tertentu mengenai hari yang semakin menyeramkan itu."AHMAD!!.."jerit pemandu jentolak yang membersihkan kawasan timur berdekatan dengan bukit itu.Ahmad seorang juru teknikal  disitu seperti tidak kedengaran namanya dipanggil lantaran kerana suasana bising dari enjin-enjin diesel 6 buah jentolak disitu."GRANGGANGGANGGANGGRAK,TRK,...SSSSSHHRRZUUUUUUUUUU......" enjin jentolak Mat Sabu terus mati secara tiba-tiba walhal servis penyelenggaraan telah dilakukan 5 hari sebelum itu untuk projek pembersihan ini.Belum sempat Mat Sabu menyuruh Ahmad untuk memeriksa paip minyak yang telah meleleh itu, masalah telah pun datang.

Ahmad datang memeriksa,setelah hampir 15 minit berlalu dia agak kehairanan "hmmm..macammana pula  paip minyak itu boleh tercabut kalaupun sedikit nak terkeluarpun bukannya senang..kes jarang nih!.." bisik hati kecil Ahmad. Jentolak  Mat Sabu terpaksa di parkir di tepi jalan sementara menunggu untuk dibaiki. Oleh kerana kekangan projek pembersihan yang harus diteruskan walau apa jua keadaan,maka pihak pengurusan telah memanggil jentolak yang baru datang untuk terus membersihkan kawasan timur dekat bersebelahan bukit itu.Pokok demi pokok telah ditebang menyembah bumi,semakin ditebang semakin meremang bulu roma para pekerja disitu seolah-olah ada sesuatu yang tidak harus 'dibersihkan' disitu.Keadaan berlumpur agak meyukarkan para pekerja untuk bergerak  pulang ke khemah sementara setelah melihat waktu telah menunjukkan tepat jam 6:00 petang, mereka semuapun berhenti dari tugas masing-masing.

Pada hari ketiga kerja-kerja pembersihan disitu sudah nampak semakin ketara proses pembersihannya.Dalam pada mereka semua sedang berehat-rehat di dalam khemah sementara itu ada yang menonoton televisyen ,ada yang duduk bersandar sambil minum kopi , tak kurang juga ada yang membaca Al-Quran setelah selesai solat Maghrib.Tidak semena-mena alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran disitu telah mendatangkan rasa tidak senang dari kalangan penghuni hutan-hutan disitu.

Tiba-tiba suasana jadi riuh dalam keadaan hari yang semakin gelap itu.Kicauan burung yang sungguh luar biasa diluar khemah itu mengejutkan mereka semua disitu.Mereka bahkan burung-burung itu tidak terbang lari dari khemah dan kawasan projek itu, akan tetapi kawanan burung dengan kicauan yang menyeramkan itu terbang berlegar-legar di ruang udara seluruh kawasan projek itu.Para pekerja disitu melihat kejadian itu dalam keadaan tercengang tanpa mengetahui sebab-sebab berlakunya kejadian aneh itu.Lalu mereka pun tidur disitu....

Khamis, 15 Ogos 2013

1: MUKADIMAH

Dengan nama Allah, pemurah dan penyayang. Segala puji dan puja khusus untuk-Nya Yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Suci dan bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Selawat dan salam ke atas insan yang paling mulia di antara yang mulia, penghulu sekalian makhluk, Nabi Muhammad s.a.w. yang Cahaya Kebenarannya sentiasa menerangi alam ini, menabur mutiara ilmu sepanjang liku zaman dan mendakap sekalian kewujudan dengan tangan rahmat yang dikurniakan kepadanya. Salam sejahtera untuk keluarga baginda dan para sahabat yang telah menjadikan dada mereka sebagai benteng menghalang panah musuh dari sampai kepada Rasulullah s.a.w. yang tercinta, dan menjadi pembawa obor Cahaya Kebenaran untuk disampaikan kepada generasi seterusnya. Salam sejahtera juga untuk sekalian para salihin dan mujahidin semua zaman yang terus menerus, bersilih ganti memikul obor suci itu. Dengan pengorbanan mereka, Allah s.w.t terangi alam ini dengan Cahaya Taufik dan Hidayah-Nya serta memakmurkan kewujudan ini dengan Rahmat-Nya. Kesejahteraan untuk sekalian para hamba yang menetapkan tapak kaki mereka di atas bumi yang bercahaya dan meninggalkan tanah hitam yang kelam.